All About Myself


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 12, 2010


SOTO SAMBAL KICAP…
Sambutan hari  raya sentiasa aku nantikan kerana setiap kali menjelang hari raya,aku sering menerima kunjungan pelajar atau bekas pelajar.
Rasa bahagia juga di hati setiap kali menerima kunjungan mereka.
Terasa benar diri ini amat dihargai.
Hingga kini peristiwa hari raya masih aku ingati.
“cikgu,saya nak bagi cadangan.kalau hari raya ini,cikgu tak payah masak yang lain.saya jadi pengunjung setia cikgu untuk menikmati soto.kalau laksa,mee rebus atau laksam,kami boleh makan di rumah rakan-rakan yang lain”,itu antara pesanan bob dan azlan setiap kali berkunjung ke rumah.
Seperti kehendak mereka,aku tetap menyediakan soto sebab anak-anak ku sendiri amat gemarkan soto dan kalau ada yang hendakkan mihun sup,aku celur saja muhun,mereka boleh membuat pilihan sama ada hendak makan soto atau mihun sup.
Pada pagi hari rayalalu,aku menerima kunjungan bekas anak-anank didik.
Salmah dan hazwani yang kebetulan rakan sebaya anakku tiba pada sebelah pagi.
“sudi-sudikanlah soto yang saya masak ni.kalau petang sikit,soto ni dah nak habis,tak sempatlah awak menikmatinya”,aku pelawa mereka sambil berlalu ke dapur untuk menyediakan air.
Sekembali ke ruang tamu,aku mendapati wajah salmah yang putih gebu menjadi merah seperti udang kara sambil menahan rasa pedas dan mengipas –ngipas lidahnya.
“apa yang salmah makan ni,teruk betul saya tengok?”
“saya makan nasi himpit ni dengan kuah sup,tak pedas pun.salmah makan dengan kuah kicap tu,pedas katanya,”hazwani menjawab selamba.
“ya Allah,awak ni tak pernah makan soto ke?mak tak pernah buat?”aku menyoal dan kehairanan kerana sepanjang pengetahuan aku,ibu salmah memang pandai memasak.
“tak pernah cikgu.salah ke car saya makan ni?”,Tanya salmah.
“memang salah.sambal tu dibuat daripada cili api,ambil sikit ja kalau nakkan pedas.”
Kuahnya sup ayam tu.
“mana saya nak tahu,saya ingatkan macam kuah sambal kacang!”kami sama-sama ketawa.
Kebetulan azlan sampai.
Dia turut ketawa apabila hal tadi diceritakan.
“la,yang makan nasi himpit macam sambal kacang tu tak kenalah.mai nak tunjuk”.azlan menunjukkan satu persatu bahan-bahan yang perlu dilengkapkan kedalam pinggan sotonya.
“itu la,malu bertanya sesat jalan,nak makan tak tahu,tak Tanya tuan!”kata azlan.
“hari nie betul-betul dalam sejarah,cikgu”,kata salmah sambil mengesat air mata dan hidungnya.
“memang dalam sejarah pun,orang makan macam lain tapi salmah buat resepi baru yang namanya  SOTO SAMBAL KICAP”,seloroh ku diikuti derai ketawa mereka.

No comments:

Post a Comment