All About Myself


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 8, 2010


Keliru….
Masih jelas dalam fikiranku,perkara yang hampir tiga tahun lalu…
Hari itu merupakan hari kedua hari raya aidilfitri…
Sudah menjadi kelazimanku dalam keluargaku,pada hari raya kedua untuk aku dan adik-beradik berkumpul dan menziarahi pusara ayahku…
Aku pergi dan sampai dulu di tanah perkuburan yang dipenuhi orang ramai ketika itu…
Sementara aku menunggu adik-beradikku sampai,aku ditegur oleh seseorang yang aku kenali iaitu jiran yang tinggal berhampiran rumah ibu ku…
Dia datang bersama anak lelakinya yang bersekolah rendah…
Jiranku itu memberitahu,yang tanah perkuburan di situ sedang menjalankan kerja pembersihan…
Jiranku itu pun berlalu pergi…
Sewaktu aku berjalan menghampiri pusara ayahku,aku terpandang jiranku itu sedang membaca surah yassin di pusara ayahku…
Aku terkejut dan mendiamkan diri sahaja…
Selesai dia membaca,aku mengucapkan terima kasih kerana menyedekahkan bacaan itu kepada ayahku…
Dia terkejut dan berkata yang itu pusara ayahnya tetapi alu menafikannya…
Jiranku itu bertanya kepada anaknya adakah itu pusara datuknya,anaknya menggelengkan kepala tidak tahu…
Barulah aku tahu yang jiranku itu tidak tahu membaca tulisan jawi…
Aku menunjukkan pusara ayahnya kepadanya…
Aku rasa mungkin jiranku itu keliru kerana kawasan tanah perkuburan disitu sudah tidak bersih dan tidak sama seperti dahulu…
Nukilan:PRINCESS….
(sekadar suka)

No comments:

Post a Comment