All About Myself


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 27, 2010


Diriku menangis dalam ketawa….
 Cuaca pagi nie sngguh nyaman sekali….
Sehingga aku hampir di buai mmpi dinihari….
Tiba-tiba mataku terpandang suatu sudut yang amat mengingatkan aku dengan suatu peristiwa yang hampir membuatkan hidupku hancur….
Keranamu aku kenal erti menyayangi…
Keranamu jua aku kenal erti mencintai dan merindui…
Masa depanku  tidak keruan setelah engkau pergi tanpa sebarang khabar berita…
Tanpa aku mengetahui punca sebenar keputusan yang telah kamu pilih…
Hidupku terasa seperti tidak berguna lagi…
Sungguh perit dugaan yang terpaksa aku tempuhi kerana terlalu mencintai dirimu…
hatiku berbisik sendirian…                         
kenapa aku masih mengingati dia…
mngapa sukar untuk aku melupainya…
apakah kerana aku belum menemui jawapan yang aku inginkan dari dirinya…
arrrrggggghhhhhhh…
aku benci dengan semua ini…
pergi kau dari hidupku…
jangan pernah muncul lagi….
Tanpa aku sedar air jernih yang selama ini ku pertahankan mengalir deras membasahi pipiku…
Aku sudah tidak kuat untuk mengharungi semua ini sendirian…
Urrrmmmmmmmmmmm…
Tiba-tiba ibu memanggil nama manjaku..
Aku tersedar dari lamunanku…
Lantas aku mencapai tisu yang berada di sudut kamarku…
Aku mengesat air mataku…….

Keesokan harinya telefon bimbit yang sudah lama tidak bersentuh akhirnya di capai olehku…
 tanpa aku duga insan yang aku harap selama ini menghubungiku…
Setelah sekian lama dia mendiamkan diri….
Jelas tepacar senyuman di raut bibirku…
Amat ku nantikan saat ini…
Aku tidak mengharapkn kembali sayang darinya…
Cuma yang aku pinta agar dia menjelaskan punca sebenarnya semua drama ini…
Aku ingikan penjelasan darinya…
Aku inginkan semua  jawapan dari persoalan yang sering bermain di mindaku…
Dia meminta maaf kepadaku atas segala kesilapan yang telah dia lakukan…
Aku sudah lama memaafkannya…
Tidak pernah muncul perasaan dendam terhadap dirinya…
Dia menjelaskan bahawa dia keliru…
Hatinya bagai dirasuk untuk meninggalkanku…
Aku puas mendengar segala jawapan yang telah diberikannya…
Sejak hari itu aku sering berbalas sistem pesanan ringkas dengannya…
Telefon bimbit yang selama ini tidak pernah ku sentuh akhirnya sentiasa berada di sisiku semenjak hari itu…
Aku tidak mengharap apa-apa darinya…
Cukuplah sekadar jawapan yang telah ku temui…
Dia memberitahuku bahawa dia kesal dengan segala perbuatannya terhadap diriku…
Dia ingin aku bersamanya seperti dahulu…
Sukar untuk aku gambarkan perasaanku ketika itu…
Tetapi sukar untuk aku membuat keputusan…
Aku tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’…
Bukan aku sudah tidak mempercayai dirinya tetapi…………….
Urrrmmmmmmmmmmmmmm……
Biarlah aku memikirkan sedalam-dalamnya dahulu…
Aku tidak mahu terburu-buru lagi…

Setelah hampir sebulan aku berhubung dengannya…
Aku masih tidak dapat membuat keputusan…
Pada suatu hari aku ingin keluar untuk menghadiri reunion kelasku….
Aku tidak memberitahu dirinya…
Semasa dalam perjalanan….
Aku terpandang akan sebuah motosikal yang sedang berada di hadapanku….
Aku teramat mengenali motor itu…
Hatiku tiba-tiba tersentak…
Adakah benar apa yang sedang aku perhatikan ini…
Sepasang kekasih sedang bermesraan di hadapanku di atas motosikal yang amat aku kenali…
Aku cuba untuk berfikiran positif…
Mungkin aku tersilap orang…
Mungkin juga kawannya meminjam motosikalnya…
Tiba-tiba hatiku tersentak…
Aku amat mengenali lelaki yang sedang mebonceng motosikal itu….
Air jernih mengalir membasahi pipiku…
Apa lagi kebohongan yang cuba dia lakukan dalam hidupku…
Aku cuba merungkaikan senyuman semasa berada di reunion kelasku…
Sejak hari itu,aku sudah tidak menjawab panggilannya…
Aku sudah tidak mahu penjelasan darinya….
Kini aku bahagia…
Melihat dirinya bahagia di samping yang tersayang…
Kini aku menangis dalam ketawa…
Aku menangis diatas pembohongan dirinya terhadap diriku…
Tetapi aku gembira dia bahagia bersama tersayang….

Nukilan khas:PRINCESS ESOPIO…..












2 comments:

  1. hahah !! font karangan tu lawa lerr..
    mcm mne na tukaaaaa ye ?

    ReplyDelete
  2. sedih cik bce :( smga tabah k..cinta mmg kejam n mencintai sesorg bkn lah mudah

    ReplyDelete