All About Myself


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 28, 2010


SELOKA RIANG UPM A 2010

Assalamualaikum pembuka bicara…
Seloka UPM A saja nak cerita…
Bacalah seloka yang saya reka…
Sekadar untuk bersuka ria…

Kedatangan diambil setiap hari…
Siapa tak datang siaplah nanti..
Subjek pengajian perniagaan yang diajari…
Pn.Anida Malek guru kelas kami…
                  
Dalam kelas riang sekali..
Zulhaswadi nama gerangan ibunda beri…
Bila berbual tak kering gusi…
Itulah dia ketua kelas kami…

Khairunnisa nama di beri…
Bila malu merahlah pipi…
Tapi dia sporting sekali…
Inilah dia penolong kelas kami…

Mohamad Hafifi  nama diberi…
Tanpanya di kelas teramatlah sunyi…
Lawak jenakanya sentiasa menjadi…
Membuatkan kami tak kering gusi..

Orangnya baik berbudi bahasa…
Setiap subjek diambil kira…
Suka tersenyum itulah dia…
Siapa lagi kalau bukan Wahida…

Fatin dan Nadiah sahabat setia…
Kemana sahaja sentiasa bersama…
Siti Hajar rajinlah orangnya…
Rajin meronda tak kira masa…

Mereka sungguh berbudi bahasa…
Wajah tenang pendiam pula…
Sentiasa tersenyum tak masam muka…
Shuhada Shuhairi dan Syuhada Azami itulah mereka…
                                        
Kalau kami bergelak ketawa…
Sabirah pasti turut serta…
Gelaran diberi bomoh antarabangsa…
Bab politik bagi kat dia…




Hafiz Saadin pula sangat sporting…
Namun dia serius orangnya…
Tak mudah marah atau melenting…
Membuatkan dia disenangi semua…

Husna pun tak kurang hebatnya…
Posmen karat tugas sementara…
Memang asyik kalau berbicara…
Sampai tiada kesudahan cerita…

Kemana sahaja selalu bersama…
Tak pernah renggang walau sesaat…
Athohirah dan Afiqah itulah mereka…
Sememangnya mereka kawan rapat…

Noor Leana nama gerangan ibunda beri…
Bersinnya sempoi sampai semua orang gelak…
Inilah dia juara ponteng kelas kami…
Siapa lagi kalau bukan Nurul Farhana Abdul Razak…

Nurul Afifah nama gerangan diberi….
Setiap subjek dia amat minati…
Orangnya rendah tak lah tinggi…
Inilah dia pelajar pandai di kelas kami….

Tinggal di Taman Pauh Jaya….
Nak kata bergaya tak lah juga…
Orangnya hitam manis sederhana sahaja…
Sri Nurhafizah itulah namanya…..

Sebagai tanda ingatan di hati…
Athohirah coretkan buat teman-teman…
Janganlah marah,janganlah perasan…
Hanya sebagai senda gurauan…

Hasil nukilan:Athohirah Ahmad….











No comments:

Post a Comment